Serdang - Khasiat minyak kelapa dara yang dihasilkan daripada santan
kelapa yang cukup matang sudah diketahui sejak dulu lagi dan digunakan
secara meluas oleh nenek moyang kita terutama untuk penjagaan kesihatan.
Namun kebiasaannya ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan untuk
kegunaan sendiri. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, terutama
dalam bidang bioteknologi, minyak ini kini boleh dikomersialkan, bukan
saja untuk dipasarkan di negara ini, malah mampu dieksport sehingga ke
Eropah dan Amerika Syarikat.
Penyelidik Kanan di Puast Bioteknologi Mardi, Dr. Kamariah Long telah berjaya mencipta kaedah untuk merealisasikan hasrat itu. Malah produk yang dihasilkan menggunakan kaedah ciptaanya berjaya memenangi pingat gangsa Pertandingan Reka Cipta dan Teknik Baru Antarabangsa di Geneva 2006. Hasil inovasi ini juga membolehkan beliau terpilih memenangi pingat "Outstanding Malaysian Woman Inventor 2006" oleh International Federation of Inventors Association (IFIA) anjuran Persatuan Reka Cipta dan Reke Bentuk Malaysia (MINDS) baru-baru ini.
Mengikut kaedah traditional, proses untuk mendapatkan minyak kelapa dara memakan masa dan tenaga yang banyak. Minyak yang dihasilkan juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, serta tidak tahan lama menyebabkan ia sukar dipasarkan secara komersial. Bagaimanapun menggunakan keadah yang dimajukan oleh Kamariah, penghasilan minyak kelapa dara itu dapat dipercepatkan, manakala produk yang dihasilkan setanding dengan produk moden yang lain. Beliau berkata, bagi mempercepatkan tempoh bagi penghasilan minyak dan menjadikannya tahan lebih lama dan tidak berbau, kaedah mekanikal seperti 'cold press' penggunaan enzim seperti Pektinase digunakan.
Minyak kelapa dara yang dihasilkan itu kemudiannya diubah struktur dan komposisi kimianya menggunakan enzim tertentu bagi dipertingkatkan kemampuannya untuk bertindak menentang pelbagai penyakit berkaitan kulat dan bakteria. Minyak kelapa dara yang terbukti mempunyai aktiviti antimikrob meluas dan berkesan bagi menentang bakteria dan kulat" katanya ketika di temui Berita Harian di Serdang. Beliau berkata, minyak kelapa dara didapati amat berkesan merawat kelumumur, kudis, candidasis dan vaginatis. Ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan produk pembersih peribadi, krim, losyen serta surfaktan bagi kegunaan rumah dan hospital.
Minyak kelapa dara juga adalah bahan semula jadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih berbanding krim antibakteria dan antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran. Minyak kelapa dara bernilai tambah dan juga tidak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk, berbanding minyak kelapa dara yang dihasilkan sekarang.
Kamariah berkata, teknologi dan produk yang dihasilkan adalah berdaya maju dan boleh bersaing pada peringkat global. Harga pengeluaran pada peringkat kilang juga adalah jauh lebih murah berbanding produk antimikrob yang ada di pasaran tempatan mahupun luar negara."MARDI kini sedang mencari usahawan yang berminat untuk berkerjasama mengkomersialkan produk ini" katanya. Beliau berkata produk berkenaan adalah berdaya maju berdasarkan sumber bahan mentahnya yang begitu banyak di pasaran. Mengikut statistik, menjelang 2010, jumlah keluasan tanaman kelapa di negara ini akan mencecah 700,000 hektar berbanding 158,000 hektar pada 2002.
Dengan terhasilnya minyak kelapa dara ini, permintaan kelapa tidak lagi sekadar untuk industri makanan bahkan dalam industri nutraseutikal dan farmaseutikal, sekaligus memberi pulangan lebih besar kepada negara" katanya. Kamariah berkata, projek penyelidikan bagi menghasilkan minyak kelapa dara ini turut di bantu oleh Penyelidik MARDI Mary Goh Wai Ching, Dr. Sivapragasam Annamalai dan pensyarah Universtiti Kebangasaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mamot Said dan dua pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Lai Oi Ling dan Dr. Tan Chin Ping (UPM).

0 ulasan:
Catat Ulasan