Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi
untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan
dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun
temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling
rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia, menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di ana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan ewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

- meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
- meningkat kadar metabolisma badan
- anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
- anti oxida semulajadi
- meningkat fungsi kelenjar tairoid
- melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
- meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
- berupaya menurunkan berat badan
- meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
- membekal sumber tenaga dengan cepat
- melembab dan melembutkan kulit
- mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
- mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
- mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
- mengurangkan risiko dan kesan demam
- mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
- mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
- mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
- mengurangkan risiko dan kesan lelah
- mengurangkan risiko dan kesan buasir
- mengurangkan risiko dan kesan sembelit
- mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
- mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
- mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
- mengurangkan risiko dan kesan kanser
- mengurangkan risiko dan kesan leukemia
- mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
- mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
- mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
- mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
- mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
- mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
- mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
- mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
- mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru paru
- mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang
penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak
kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi
menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat
berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang
dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia
alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.
Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

0 ulasan:
Catat Ulasan