Isnin, 21 Mei 2012

Artikel

Testimoni Pengguna Produk BioVCO

Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri melalui email kepada pihak BioVCO.com dan ianya belum diuji secara klinikal. Kesan yang diperolehi mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain selepas pengambilan produk. - **** Harap maklum - BioVCO.com ****










Testimoni minyak Kelapa Dara BioVCO

Sabtu, 19 Mei 2012

Biotek komersialkan minyak kelapa dara

Serdang - Khasiat minyak kelapa dara yang dihasilkan daripada santan kelapa yang cukup matang sudah diketahui sejak dulu lagi dan digunakan secara meluas oleh nenek moyang kita terutama untuk penjagaan kesihatan. Namun kebiasaannya ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, terutama dalam bidang bioteknologi, minyak ini kini boleh dikomersialkan, bukan saja untuk dipasarkan di negara ini, malah mampu dieksport sehingga ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Penyelidik Kanan di Puast Bioteknologi Mardi, Dr. Kamariah Long telah berjaya mencipta kaedah untuk merealisasikan hasrat itu. Malah produk yang dihasilkan menggunakan kaedah ciptaanya berjaya memenangi pingat gangsa Pertandingan Reka Cipta dan Teknik Baru Antarabangsa di Geneva 2006. Hasil inovasi ini juga membolehkan beliau terpilih memenangi pingat "Outstanding Malaysian Woman Inventor 2006" oleh International Federation of Inventors Association (IFIA) anjuran Persatuan Reka Cipta dan Reke Bentuk Malaysia (MINDS) baru-baru ini.

Mengikut kaedah traditional, proses untuk mendapatkan minyak kelapa dara memakan masa dan tenaga yang banyak. Minyak yang dihasilkan juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, serta tidak tahan lama menyebabkan ia sukar dipasarkan secara komersial. Bagaimanapun menggunakan keadah yang dimajukan oleh Kamariah, penghasilan minyak kelapa dara itu dapat dipercepatkan, manakala produk yang dihasilkan setanding dengan produk moden yang lain. Beliau berkata, bagi mempercepatkan tempoh bagi penghasilan minyak dan menjadikannya tahan lebih lama dan tidak berbau, kaedah mekanikal seperti 'cold press' penggunaan enzim seperti Pektinase digunakan.

Minyak kelapa dara yang dihasilkan itu kemudiannya diubah struktur dan komposisi kimianya menggunakan enzim tertentu bagi dipertingkatkan kemampuannya untuk bertindak menentang pelbagai penyakit berkaitan kulat dan bakteria. Minyak kelapa dara yang terbukti mempunyai aktiviti antimikrob meluas dan berkesan bagi menentang bakteria dan kulat" katanya ketika di temui Berita Harian di Serdang. Beliau berkata, minyak kelapa dara didapati amat berkesan merawat kelumumur, kudis, candidasis dan vaginatis. Ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan produk pembersih peribadi, krim, losyen serta surfaktan bagi kegunaan rumah dan hospital.

Minyak kelapa dara juga adalah bahan semula jadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih berbanding krim antibakteria dan antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran. Minyak kelapa dara bernilai tambah dan juga tidak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk, berbanding minyak kelapa dara yang dihasilkan sekarang.

Kamariah berkata, teknologi dan produk yang dihasilkan adalah berdaya maju dan boleh bersaing pada peringkat global. Harga pengeluaran pada peringkat kilang juga adalah jauh lebih murah berbanding produk antimikrob yang ada di pasaran tempatan mahupun luar negara."MARDI kini sedang mencari usahawan yang berminat untuk berkerjasama mengkomersialkan produk ini" katanya. Beliau berkata produk berkenaan adalah berdaya maju berdasarkan sumber bahan mentahnya yang begitu banyak di pasaran. Mengikut statistik, menjelang 2010, jumlah keluasan tanaman kelapa di negara ini akan mencecah 700,000 hektar berbanding 158,000 hektar pada 2002.

Dengan terhasilnya minyak kelapa dara ini, permintaan kelapa tidak lagi sekadar untuk industri makanan bahkan dalam industri nutraseutikal dan farmaseutikal, sekaligus memberi pulangan lebih besar kepada negara" katanya. Kamariah berkata, projek penyelidikan bagi menghasilkan minyak kelapa dara ini turut di bantu oleh Penyelidik MARDI Mary Goh Wai Ching, Dr. Sivapragasam Annamalai dan pensyarah Universtiti Kebangasaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mamot Said dan dua pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Lai Oi Ling dan Dr. Tan Chin Ping (UPM).


Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. 

Pengambilan minyak kelapa sebagai pengganti minyak sayuran lain akan menyebabkan kandungan kalori tubuh berkurangan. 

Jumlah kalori yang diberikan minyak kelapa dara memiliki kemampuan yang hampir sama dengan peranan karbohidrat kerana minyak kelapa dara dicerna dan diproses secara berbeza dengan lemak-lemak yang lain didalam sistem penghadaman.

Tidak seperti lemak-lemak yang lain, MCFA (Medium-Chain Fatty Acid) yang terdapat dalam minyak kelapa dara dicerna dan digunakan secara berbeza. 

Asid lemak tidak dikemas di dalam lipoprotein dan tidak diedarkan di dalam aliran darah seperti lemak-lemak yang lain, namun dihantar terus ke dalam hati (liver) di mana ia kemudian terus diubah menjadi tenaga sama seperti karbohidrat. Jadi, ketika Anda memakan minyak kelapa dara, tubuh terus menggunakannya dalam menghasilkan tenaga bukan menyimpannya sebagai lemak didalam tubuh.

Salah satu jenis makanan yang dapat mempercepat metabolisme tubuh adalah minyak kelapa dara. MCFA meningkatkan metabolisme tubuh ke tahap yang lebih tinggi, dengan cara ini, tubuh dapat membakar lebih banyak kalori. 

MCFA tidak hanya dibakar untuk menghasilkan tenaga, namun Asid Lemak Rantaian Sederhana (MCFA) yang terdapat dalam minyak kelapa dara juga mendorong pembakaran Asid Lemak Rantai Panjang (LCFA) yang terdapat dalam lemak-lemak sayuran seperti minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak jagung. Dengan meningkatnya metabolisme, jumlah tenaga atau jumlah kalori yang dibakar meningkat.

Menambahkan minyak kelapa dara ke dalam makanan dapat menjadi cara yang hebat untuk membantu mengurangkan kandungan lemak didalam tubuh. Tapi perlu diingat walaupun minyak kelapa dapat mempercepat metabolisme, jika Anda makan berlebihan maka berat badan Anda masih tetap akan tinggi. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara adalah menambahkannya dalam pola makan yang sesuai.

Minyak kelapa mengandung sumber MCFA semulajadi yang paling konsistan. Menggantikan minyak sayuran lain (minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari) dengan minyak kelapa dara dalam makanan akan membantu menurunkan berat badan. 

Penggunaan minyak sayuran yang disuling secara kimia akan meningkatkan berat badan bukan hanya dari kandungan kalorinya tetapi kerana kesannya yang merbahaya pada tiroid - kelenjar yang mengendalikan metabolisme. 

Minyak sayuran tidak tepu akan memberi kesan tehadap aktiviti tiroid, sehingga melambatkan kemampuan metabolik sangat berlawanan dengan minyak kelapa dara. 

Pengambilan minyak tidak tepu yang tinggi seperti minyak bunga matahari, akan lebih menyebabkan penambahan berat badan dibandingkan lemak jenis lain, bahkan lebih tinggi berbanding lemak haiwan. 

Setiap kali memakan minyak tidak tepu, kelenjar tiroid kita diserang dan hilang kemampuannya untuk berfungsi secara normal sehingga mengakibatkan kenaikan berat badan.

Oleh sebab itu, tidak perlu kuatir, walaupun sebagian besar komponen minyak kelapa adalah lemak tepu, tetapi pengambilannya tidak menimbulkan kegemukan. 

Malah sebaliknya, ia dapat mengurangkan berat badan. Pengambilan minyak kelapa dara (VCO) dengan dos 3 ½ sudu makan setiap hari.

Minyak kelapa menambah tenaga

SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Pri­ce, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mem­punyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.

Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.

Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.

Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakterianya.

Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memu­daratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.

Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.

Selain itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik, apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung. Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.

Kita perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan minyak kelapa dara lenyap:

Minyak kelapa dara adalah suatu kejadian Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan.

Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi an­tarabangsa khuatir jualan ubat-ubat moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi Faktor minyak kelapa dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah sesuatu yang amat merugikan kepada syarikat-syarikat besar itu.

Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an terus mematikan daya saing minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur.

Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia. Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan menurut kepentingan perniagaan global mereka.

Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang akan mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.

Kini industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom karbon (C).

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.

Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik. Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik. Ini kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. (Bahagian 3).

Dr Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.

Selasa, 15 Mei 2012

Minyak Kelapa Dara Seribu guna menyimpan seribu rahsia

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia, menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di ana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan ewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.

seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:
  • meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  • meningkat kadar metabolisma badan
  • anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  • anti oxida semulajadi
  • meningkat fungsi kelenjar tairoid
  • melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  • tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  • meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  • berupaya menurunkan berat badan
  • meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  • membekal sumber tenaga dengan cepat
  • melembab dan melembutkan kulit
  • mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • mengurangkan kesan keracunan makanan
  • membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  • menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  • mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  • mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  • mengurangkan risiko dan kesan demam
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  • mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
  • mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
  • mengurangkan risiko dan kesan lelah
  • mengurangkan risiko dan kesan buasir
  • mengurangkan risiko dan kesan sembelit
  • mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
  • mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
  • mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
  • mengurangkan risiko dan kesan kanser
  • mengurangkan risiko dan kesan leukemia
  • mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
  • mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
  • mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
  • mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
  • mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
  • mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
  • mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
  • mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
  • mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru paru
  • mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.

Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

Artikel Sering Dibaca