Amalan gaya hidup kita yang kurang sihat pada hari ini dengan pemakanan tak dijaga, tinggi lemak dan kolesterol serta kurang bersenam meningkatkan risiko serangan jantung.
Jika dulu ia berlaku pada warga berusia, namun kebelakangan ini ia sudah mula dialami ramai golongan muda.
Lebih menakutkan bila ia menyebabkan kematian mengejut. Terbaru selebriti Ashraf Sinclair.
Tidak kira tua atau muda seharusnya kita mengetahui akan tanda-tanda serangan jantung ini. Ia sebenarnya sudah boleh dirasai sebulan sebelum ia terjadi.
1. Keletihan
Apabila arteri menyempit, jantung kita akan kekurangan banyak darah. Ia menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras daripada biasa hingga mengakibatkan tubuh penat dan mengantuk hampir sepanjang waktu.
2. Sesak nafas
Ketika tubuh kekurangan darah, paru-paru tidak mendapatkan bekalan oksigen seperti biasa. Kedua sistem ini bergantung antara satu sama lain. Jika selalu mengalami kesukaran bernafas, sebaiknya dapatkan rawatan doktor kerana kedua simpton ini menjurus kepada serangan jantung.
3. Kelemahan
Apabila tubuh lemah, ia bermakna arteri semakin menyempit akibat perjalanan darah tidak lancar. Apabila otot-otot tidak mendapatkan apa yang diperlukan tubuh akan berasa letih.
4. Pening kepala dan peluh sejuk
Semuanya berkait apabila arteri semakin sempit, ia juga menyebabkan aliran darah ke otak terhalang mengakibatkan pening kepala. Sebab itu jangan ambil mudah rasa. Maka itu, jangan sepelekan rasa sakit kepala dan peluh dingin.
5. Dada rasa sempit atau tertekan
Ia mungkin berlaku dalam masa satu hingga dua minit. Anda mungkin juga turut berasa pening dan keletihan pada masa yang sama.
6. Degupan jantung yang luar biasa
Gejala awal serangan jantung adalah ketidakselesaan pada bahagian dada. Sama ada berasa sakit atau dada rasa sempit.
Sekiranya anda atau pasangan anda mengadu melalui simptom-simptom di atas sebaiknya dapatkan nasihat doktor.